FAQ

Konsep

  1. Apakah Ukhwah Cash-i?

    Ukhwah Cash-i ialah kemudahan pembiayaan peribadi yang menawarkan tunai sekaligus kepada pelanggan. Ianya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan melalui koperasi dengan bayaran bulanan di potong melalui Biro Perkhidmatan Angkasa. Pemohon boleh menggunakan Ukhwah Cash-i untuk kegunaan persendirian, pendidikan, baiki rumah, penyusunan semula liabiliti dan lain-lain.

  2. Apakah konsep yang digunakan untuk Ukhwah Cash-i?

    Ukhwah Cash-i menawarkan kepada pemohon melalui Pembiayaan Islamik 'Bai Al Inah".

  3. Adakah pemohon perlu untuk menyediakan penjamin atau cagaran?

    Tidak perlu penjamin dan juga cagaran.

  4. Apakah pakej yang ditawarkan oleh Ukhwah Cash-i?

    Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :

    Kadar Keuntungan : 2-3 tahun- 4.35%

    4-10tahun- 4.65%

    11-20tahun - 4.99%

    Jumlah Pembiayaan : Minimum RM2000

    Maksimum RM200,000

    Tempoh Pembiayaan : Dari 2 tahun sehingga 20 tahun

     

  5. Adakah pemohon dibenarkan untuk membuat "overlapping"?

    Ya, dibenarkan. Pemohon mestilah menyertakan bersama-sama surat penyelesaian awal dari institusi kewangan atau koperasi yang terlibat. Tarikh penyata mestilah belum tamat tempoh. Jumlah penyelesaian penuh akan ditolak dari jumlah pembiayaan yang telah diluluskan dan akan di bayar terus kepada pihak yang terlibat.

  6. Adakah permohonan akan ditolak sekiranya pemohon mempunyai CCRIS/CTOS rekod?

    Tidak semestinya.. Rekod CCRIS tidak diambil kira semasa proses permohonan. Manakala untuk rekod CTOS, MESTILAH tidak MELEBIHI RM30.000 baki tertunggak. Sekiranya melebihi jumlah tersebut permohonan boleh diluluskan dengan syarat pemohon ingin menyelesaikan baki yang disenaraihitam tersebut.

  7. Kenapa pemohon perlu untuk mencarum di dalam perlindungan Takaful?

    Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal semasa tempoh pembiayaan, pihak Takaful akan melindungi pemohon dengan membayar semua baki pembiayaan. Ini akan mengurangkan beban bayaran pembiayaan kepada waris.

  8. Berapakah potongan dan fee yang dikenakan?

    Berikut adalah potongan dan fee yang ditolak:

    Yuran proses : (RM100)

    Pendaftaran Ahli Koperasi : (RM10)

    Saham Koperasi (Pulang Semula/ Sekali potongan) : (RM100)

    6 bulan yuran ahli (pulang semula) : (RM180)

    Khairat Kematian : (RM100)

    Duti setem : (0.5% dari jumlah pinjaman)

    Takaful : (4% dari jumlah pinjaman)

    Sinking Fund : (2% dari jumlah pinjaman)

    Yuran bulanan ahli : (RM30) (RM20 pulang semula)

Back to top